Ekosistem pendidikan diperkasa, sokongan berterusan kepada OKU Autisme

Foto Hiasan

KOTA KINABALU, 3 Mei Sokongan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Autisme terus diperkukuh menerusi pemerkasaan ekosistem pendidikan, bagi membolehkan golongan itu menyerlahkan potensi diri masing-masing, sekaligus berpeluang cerah bersinar dalam bidang pekerjaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penekanan intervensi awal untuk membantu OKU Autisme berkembang dan belajar kemahiran asas.
  • Pembangunan kemahiran tenaga pengajar bagi meningkatkan profesionalisme dan kepakaran pendidikan khas.
  • Peluasan fasiliti dan sokongan di seluruh negara supaya OKU Autisme tidak ketinggalan peluang pembelajaran.
  • Kerjasama dengan badan bukan kerajaan dan sektor swasta untuk latihan, penyelidikan serta peluang pekerjaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata penekanan ketika ini diberikan menerusi intervensi awal, pembangunan kemahiran tenaga pengajar serta peluasan kemudahan sokongan di seluruh negara.

“Kita sebagai kerajaan perlu ada persediaan dari segi ilmu, pengetahuan, profesionalisme. Dari aspek tempat pula, fasiliti yang disediakan perlu membantu mereka supaya dapat mempelajari cara-cara baharu dan kita tidak mahu mereka ketinggalan,” katanya.

Selain itu, latihan dan penyelidikan turut dipergiat dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan dan sektor swasta.

Beliau ditemui selepas merasmikan Penutupan Program Advokasi Penjagaan Orang Kurang Upaya di Kota Kinabalu.

Sehingga 31 Mac, lebih 883,000 OKU berdaftar di negara ini dengan 89,000 daripadanya adalah OKU Autisme.