KUANTAN, 14 Februari- Pembunuhan seorang wanita tempatan berusia 37 tahun yang ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan, disifatkan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Ungkapan itu dititahkan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika berkenan bercemar duli berangkat menziarahi keluarga mangsa di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, hari ini.
Keberangkatan Baginda diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Paduka Baginda bertitah agar suspek segera diberkas dan hukuman setimpal dikenakan jika disabitkan atas kesalahan membunuh.
Dalam kunjungan tersebut, Paduka Baginda sempat menitipkan titah nasihat dan kata-kata semangat buat suami mangsa, Mohammad Afiq Akmal Nudin.
Mangsa meninggalkan seorang anak lelaki berusia lima tahun.
Semalam, pihak polis melaporkan, mayat seorang peniaga makanan wanita tempatan berusia 37 tahun ditemukan dengan siasatan lanjut di tempat kejadian mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.
FOTO KESULTANAN PAHANG

FOTO KESULTANAN PAHANG
Artikel berkaitan: Suspek bunuh peniaga COD sudah dikenal pasti