MELAKA TENGAH, 9 Februari- Dua buah rumah kedai dua tingkat dilapor terbakar di Jalan Bendahara, Melaka, malam tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 11.40 malam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah yang juga Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) II Yazid Mohd Tahir berkata, sebuah rumah kedai terbakar 100 peratus dan sebuah lagi terbakar 50 peratus.
Bagaimanapun, kebakaran dapat dikawal pada pukul 12.47 tengah malam.
Operasi pemadaman melibatkan pasukan dari BBP Melaka Tengah itu tamat sepenuhnya pukul 1.20 pagi.
Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.