fb fb fb fb fb

Dua PPS di Baling ditutup

BALING, 22 September - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 102 penduduk yang terjejas banjir di daerah ini ditutup pada 7 malam tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata ia melibatkan PPS PPS Masjid Islahiyah dan PPS Masjid Binjul Luar di Tawar.

Di PPS Masjid Islahiyah melibatkan 91 penduduk terjejas banjir yang terdiri daripada 33 keluarga manakala 11 orang daripada 2 keluarga di PPS Masjid Binjul Luar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang tadi berikutan banjir surut.

Dalam kejadian semalam, hujan lebat di sekitar daerah itu kira-kira pukul 6 petang menyebabkan air sungai Kupang melimpah ke tebing di Kampung Padang Empang dan KampungĀ  Iboi.

Media Baharu