Dua anggota tentera maut terkena bom semasa latihan

Dua anggota tentera maut selepas terkena letupan bom ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun.

GURUN, 16 JUN – Dua anggota tentera maut selepas terkena letupan bom ketika menjalani latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Hobart, Gurun, Kedah pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kedua-dua mangsa ialah Koperal Norazmi Abu Bakar (Batalion 6 RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip (Skuadron 1 RAJD).
  • Mereka dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim tetapi disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan; jenazah akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah.
  • Panglima Tentera Darat menyatakan dukacita, menyampaikan takziah, memerintahkan siasatan terperinci; TDM jamin penambahbaikan keselamatan latihan dan maklumkan kemas kini rasmi.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan memaklumkan, dua anggota terlibat iaitu Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip daripadaSkuadron Pertama RAJD.

Kedua-dua anggota telah dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Jenazah mangsa akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman menzahirkan rasa dukacita di atas kehilangan dua warganya.

Beliau juga menyampaikan ucapan takziah kepada kedua-dua keluarga mangsa dan mendoakan mereka bertabah.

Tan Sri Azhan turut mengarahkan siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti punca insiden berlaku.

TDM memberi jaminan segala aspek keselamatan semasa latihan terus diberi perhatian dan penambahbaikan sewajarnya

Sebarang kemas kini mengenai insiden itu akan dimaklumkan melalui saluran rasmi TDM.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.