fb fb fb fb fb

DRB-Hicom sokong kreativiti tempatan

KUALA LUMPUR, 25 November- DRB-HICOM melalui anak syarikatnya Edaran Otomobil Nasional Berhad berbesar hati diberi peluang menyokong kreativiti bakat tempatan.

Syarikat konglomerat itu hari ini menyerahkan hadiah berupa sebuah Mitsubishi Xpander kepada pelakon veteran, Fauziah Nawi yang telah dinobatkan sebagai Tokoh Seri Angkasa di Anugerah Seri Angkasa 2022 yang diadakan pada 30 Oktober lalu.


(Pelakon veteran, Fauziah Nawi dinobatkan Tokoh Seri Angkasa menerima Mitsubishi Xpander daripada DRB Hicom)

Ketua Komunikasi Strategik Kumpulan DRB-HICOM, Mahmood Razak Bahman berkata pihaknya komited memainkan peranan membantu lagenda industri seni tanah air itu terutamanya apabila kereta yang dimiliki beliau terbakar kira-kira 4 tahun lalu dan tidak berkemampuan untuk membeli kereta baharu.

"Kita harap ibu yang sudah tidak ada kereta dekat 10 tahun tak silap saya...dapat menjalani aktif teater, masih aktif dalam lakonan .. dapat memudahkan beliau menjalankan tugas. Kita diberitahu oleh penganjur waktu itu ialah sebuah MPV, MPV yang sesuai jadi bila kita fikir balik..XPander adalah sebuah kereta yang popular mendahului segmennya dari segi jualan, kereta yang efisien dari segi pengguinaan minyak dan reka bentuk yang menarik..jadi kita memutuskan untuk beri Mitsubishi XPander," kata Mahmood Razak.

Pelakon veteran yang juga Tokoh Seri Angkasa 2022, Fauziah Nawi menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada DRB-HICOM dan berharap lebih banyak syarikat konglomerat bakal mengambil inisiatif untuk membantu insan seni.

"Bila Allah mengabulkan doa saya..yang saya nak satu kereta sebab saya dah tiada personal car. Saya bersyukur, terima kasih DRB Hicom. Diharap anugerah ini akan menjadi satu pemangkin kepada semua yang sebaya saya untuk jangan berputus asa , jika sudah sampai masa kita menerima penganugerahan..dan kita berhak menerimanya.. kita pasti menerimanya, insyaallah. Kita minta lepas ini ramai lagi untuk tampil seperti DRB-Hicom untuk membantu insan seni, terutama untuk mereka yang sudah melakukan sesuatu mengikut kemampuan mereka," katanya.

Kunci kenderaan tersebut diserahkan oleh Ketua Komunikasi Strategik DRB-HICOM, Mahmod Razak Bahman dan Ketua Pengedaran Automotif DRB-HICOM Bhd, Akkbar Danial kepada pelakon veteran Fauziah Nawi dalam sebuah majlis ringkas di cawangan EON Auto Mart, Jalan Ampang petang tadi.

Media Baharu