fb fb fb fb fb

Detik cemas bot nelayan karam

Mangsa dibawa ke Stesen Jarak TLDM untuk menerima rawatan /FOTO RTM

LUMUT, 21 November - Empat nelayan tempatan ditemukan selamat selepas bot dinaiki karam akibat dilanggar sebuah kapal dagang ketika menangkap ikan di perairan Indonesia.

Kenyataan Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memaklumkan, kesemua mangsa dari Tanjung Balai Indonesia hanyut beberapa hari sebelum diselamatkan pada 1.40 petang semalam.

Keempat-empat nelayan berkenaan dibawa ke Pulau Jarak sebelum diserahkan kepada Stesen Jarak TLDM untuk menerima rawatan.

Kesemua mangsa dipindahkan ke Kapal Republik Indonesia (KRI) TORANI, yang berada kira-kira 40 batu nautika, barat laut Pulau Jarak, sekitar 12.40 malam tadi.

Trainee