Rizab antarabangsa BNM AS$128.8 bilion setakat 15 April

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 22 April– Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) setakat 15 April, 2026 berjumlah AS$128.8 bilion.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rizab meningkat berbanding AS$126.6 bilion pada 13 Mac 2026.
  • Paras rizab memadai untuk membiayai 4.7 bulan import dan 0.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.
  • Komponen utama: rizab mata wang asing AS$112.9 bilion, IMF AS$1.3 bilion, SDR AS$5.9 bilion, emas AS$6.4 bilion, aset lain AS$2.3 bilion.

Bank pusat dalam satu kenyataan berkata jumlah itu meningkat berbanding AS$126.6 bilion pada 13 Mac, 2026.

”Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” kata kenyataan itu.

Komponen utama rizab merangkumi rizab mata wang asing sebanyak AS$112.9 bilion, rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berjumlah AS$1.3 bilion dan Hak Pengeluaran Khas (SDR) sebanyak AS$5.9 bilion.

Selain itu, emas dan aset rizab lain masing-masing berjumlah AS$6.4 bilion dan AS$2.3 bilion.