fb fb fb fb fb

Cukai Karbon: Pelaksanaan akan diputuskan selepas perbincangan dengan Bank Dunia

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam , Nik Nazmi Ahmad/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 2 Julai -Pelaksanaan cukai karbon dalam negara akan diputuskan selepas perbincangan antara kerajaan dengan bank dunia selesai .

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam , Nik Nazmi Ahmad berkata antara aspek yang dibincangkan adalah proses penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) perubahan iklim negara yang akan dibentangkan di Parlimen, tahun depan.

"Banyak lagi yang boleh dilakukan antara perkara yang kita kena ambil maklum ialah di beberapa negara sebagai contoh di Singapura mereka telah pun ada percukaian karbon karbon.

"Jadi ini mendorong banyak syarikat untuk melihat kepada pasaran karbon sebagai salah satu alternatif untuk mereka 'offset' karbon.

"Saya percaya kalau kita ada kerangka tersebut harganya lebih baik daripada apa yang kita ada dalam realiti iaitu pasaran sukarelawan sekarang yang harga dia agak rendah", katanya di Parlimen hari ini.

Tambah Nik Nazmi, melalui pelaksanaan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) akan memudahkan pemegang taruh yang terlibat samada kerajaan negeri atau pihak swasta agar industri perdagangan karbon tempatan dapat dikembangkan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD