fb fb fb fb fb

CUEPACS sokong opsyen SSPA, seru penjawat awam terima tawaran

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat

SUNGAI PETANI, 16 September - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyeru agar semua penjawat awam menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) seperti yang diumumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata opsyen SSPA itu menawarkan pelarasan gaji yang lebih baik tanpa menjejaskan skim pencen sedia ada.

"Opsyen SSPA ini adalah peluang baik yang mesti diambil oleh semua penjawat awam kerana ia tidak akan mengurangkan faedah yang sedia ada," katanya ditemui RTM selepas majlis penyampaian perarakkan Maulidurasul 1446H/2024 Masjid Al Majidi, Sungai Layar Hujung di sini, hari ini.

Beliau turut memuji langkah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendengar keluh kesah penjawat awam selama 12 tahun apabila mengumumkan kenaikan gaji dengan mengiktiraf usaha penjawat awam.

Adnan berkata, CUEPACS akan terus bekerjasama dengan JPA untuk memastikan semua penjawat awam menerima manfaat daripada skim tersebut.

Sebelum ini media melaporkan, pegawai awam mempunyai tempoh opsyen selama 40 hari bermula 21 Okt hingga 30 Nov ini untuk memilih sama ada SSPA atau kekal dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM), sebelum ia berkuat kuasa 1 Disember ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

GRACE AISYAH KEDAYAN