fb fb fb fb fb

Cuaca lembap diramal, tiada hujan ekstrem - MetMalaysia

Dr. Mohd Hisham Mohd Anip

KUALA LUMPUR, 16 Oktober- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa tiada hujan lebat luar biasa diramalkan sepanjang tempoh Oktober hingga Disember ini, kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia Dr. Mohd Hisham Mohd Anip.

Menurut beliau penilaian tersebut berdasarkan analisis data daripada model-model cuaca jabatan berkenaan.

"Selain merujuk kepada model-model antarabangsa, kita juga mempunyai pusat yang dipanggil Asian Specialised Meteorological Centre, yang mengeluarkan unjuran cuaca. Laporan daripada mereka juga tidak menunjukkan sebarang indikasi hujan lebat yang mungkin berlaku antara Oktober hingga Disember," katanya kepada pemberita RTM hari ini.

Beliau menambah, peralihan monsun tahun ini akan lebih lembap berbanding tahun lepas, dipengaruhi oleh fenomena El Niño.

"Jadi, mungkin kali ini disebabkan oleh La Niña, kita sudah mula merasai cuaca lembap sejak awal. Namun, untuk unjuran akan datang, tiada model yang menunjukkan akan berlaku cuaca ekstrem," ujarnya.

Oleh itu, Mohd Hisham mengingatkan orang ramai agar lebih peka dengan maklumat cuaca semasa oleh agensi-agensi berkaitan terutama MetMalaysia untuk maklumat dan hebahan yang sahih.

SITI AISHAH MD ISA