fb fb fb fb fb

Capai KPI, elak dikenakan tindakan termasuk tamat perkhidmatan - KM

MELAKA, 11 Februari - Ahli Majis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kurang daripada 50% untuk tempoh tiga bulan berturut-turut atau tiga kali dalam tempoh enam bulan perkhidmatan boleh dikenakan tindakan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata ia termasuk penahanan elaun bulanan dan ditamatkan perkhidmatan.

"Tindakan ini berikutan kerajaan negeri komited untuk memastikan Melaka kembali menjadi sebuah negeri terbersih di negara ini sesuai dengan statusnya sebagai negeri pelancongan terkemuka.

"Setiap ahli majlis memainkan peranan yang penting untuk mencapai KPI ini bagi memantau gerak kerja mereka yang telah dilaksanakan melalui Laporan Penilaian Prestasi Bulanan (LPNB) Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan negeri Melaka," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Angkat Sumpah Datuk Bandar, Yang Dipertua dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Melaka Tahun 2022 di Jalan Hang Tuah.

Seramai 100 ahli majlis dari empat PBT di negeri ini mengangkat sumpah dan hadir pada majlis tersebut.

Media Baharu