fb fb fb fb fb

Cadangan Rukun Negara sebagai mukadimah Perlembagaan Persekutuan diteliti

Datuk Aaron Ago Dagang

KUALA LUMPUR, 6 Mei- Kementerian Perpaduan Negara akan meneliti berkenaan cadangan Rukun Negara dijadikan sebagai mukadimah kepada Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata, langkah tersebut dilihat bersesuaian dan selaras dengan matlamat yang digariskan bawah Malaysia MADANI 2030 bagi mewujudkan sebuah negara yang bersatu, makmur dan bermaruah.

"Kita melihat elemen ataupun prinsip rukun negara ini memangh sesuai untuk menjadi preamble kepada ataupun introduction kepada perlembagaan. sebab dua-dua ini kita melihat dia boleh diintegrasikan.

"Sekarang masih dalam perbincangan. masih diwar-warkan. dan of course kita akan menubuhkan jawatan kuasalah. Ini adalah di peringkat kementerian undang-undang," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Program Kepimpinan Tun Razak Ke-29 anjuran Yayasan Tun Razak di ibu negara.

Program Kepimpinan Tun Razak diadakan setiap tahun sejak 1993 dan disertai oleh pelajar-pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta pemimpin pelajar dari seluruh Malaysia.

Pemilihan untuk mengikuti program itu adalah melalui temuduga dan kali ini, seramai 75 pelajar menyertai program berkenaan dari 5 hingga 19 Mei ini di Kuala Lumpur dan Pulau Langkawi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI