Cadangan penambahbaikan elaun petugas FDS dikemukakan sejak November tahun lalu

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 September – Cadangan penambahbaikan elaun bagi petugas Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) telah dikemukakan sejak November tahun lalu sebagai langkah memelihara kebajikan warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

RINGKASAN BERITA AI
  • KKM menumpukan usaha memastikan petugas FDS menerima ganjaran dan elaun yang sewajarnya.
  • Menteri Dzulkefly mengulas isu elaun FDS susulan dakwaan elaun hanya RM30 di media sosial.
  • KKM yakin akan menerima maklum balas positif daripada pihak berwajib mengenai cadangan peningkatan elaun.
  • Perkembangan keputusan akan dimaklumkan kepada media sebaik menerima keputusan; kenyataan dibuat semasa sidang media insiden helikopter.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata langkah itu antara fokus utama KKM bagi memastikan petugas menerima ganjaran serta elaun yang sewajarnya.

“Antara cadangan yang telah kita angkat adalah elaun FDS pada hujung tahun lalu, secara tepatnya pada November 2025.

“Kita tahu kita perlu memberikan yang sewajarnya. Sebab itu kami telah mengangkat isu elaun ini awal lagi,” katanya dalam sidang media khas berhubung insiden helikopter terhempas itu, di ibu negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan di media sosial mengenai kadar elaun petugas FDS yang didakwa hanya bernilai RM30.

Tambah beliau, pihaknya yakin akan menerima respons positif berhubung cadangan itu daripada pihak berwajib dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada media sebaik sahaja menerima keputusan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.