fb fb fb fb fb

Buat pertama kali, insentif RM500 untuk penjawat awam Persekutuan di Johor

enteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi membentangkan Belanjawan Johor 2026 di Bangunan Sultan Ismail Kota Iskandar, hari ini/BERNAMA

ISKANDAR PUTERI, 13 November -Seramai 140,185 penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Johor, akan menikmati Insentif Khas bernilai RM500.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, insentif itu melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM70.1 juta.

Katanya, pemberian tersebut merupakan insentif pertama Johor kepada penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri itu.

Selain itu, Johor turut mengumumkan bonus dua bulan gaji kepada 17,454 penjawat awam negeri yang akan disalurkan pada Disember ini.

"Tidak dilupakan juga, sebagai tanda penghargaan atas dedikasi dan usaha luar biasa penjawat awam negeri Johor, saya dengan suka citanya mengumumkan pemberian Insentif Khas Penjawat Awam Negeri sebanyak 2 bulan gaji kepada kakitangan Kerajaan Negeri Johor serta kakitangan awam Persekutuan yang dibayar gaji oleh Kerajaan Negeri Johor yang akan disalurkan pada Disember ini," katanya ketika berucap membentangkan Belanjawan Johor 2026 berjumlah RM2.55 bilion dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Sultan Ismail, di sini.

Datuk Onn Hafiz berharap, insentif berkenaan dapat menjadi pemangkin motivasi untuk terus meningkatkan kecemerlangan dalam perkhidmatan.

TETITIA YUSOFF