fb fb fb fb fb

Bilangan penduduk terjejas banjir di Perak kekal

(FOTO FAIL)

IPOH, 19 Disember - Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak kekal 49 orang melibatkan 16 keluarga, setakat pukul 10.00 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi satu kenyataan memaklumkan, dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi membabitkan dua daerah.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang Darat di daerah Bagan Datuk menempatkan 21 penduduk daripada 11 keluarga, manakala di Hilir Perak, PSS Dewan Sekolah Menengah (SM) Abdul Rahman Taib Batu 4 yang baru di buka semula, menempatkan 28 penduduk daripada lima keluarga terjejas.

(FOTO FAIL/BERNAMA)

Media Baharu