Belanjawan 2026 : Ekosistem industri halal diperkasa

KUALA LUMPUR, 11 OKktober – Kerajaan komited memperkasa ekosistem industri halal negara bagi memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju utama industri halal di peringkat global.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan komited memperkasa ekosistem industri halal untuk mengekalkan kepimpinan Malaysia di peringkat global.
  • JAKIM dipercepatkan proses pengeluaran sijil halal bagi memudahkan pematuhan dan pengembangan pasaran.
  • HDC ditugaskan memperkukuh pematuhan halal dalam kalangan syarikat tempatan untuk meningkatkan kualiti dan kepercayaan.
  • SME Bank sediakan dana RM100 juta dan SJPP tingkatkan jaminan kepada RM2 bilion untuk sokongan pembiayaan PMKS halal.
  • Pembangunan Taman Industri Halal Perak di Manjung (kos RM124 juta) untuk kukuhkan rantaian nilai dan tarik pelaburan berimpak tinggi.

Menerusi pembentangan Belanjawan 2026, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mempercepat proses pengeluaran sijil halal, manakala Halal Development Corporation (HDC) ditugaskan memperkukuh pematuhan halal dalam kalangan syarikat tempatan.

Bagi menyokong pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) halal, SME Bank menyediakan dana RM100 juta, sementara Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) meningkatkan jaminan kerajaan kepada RM2 bilion bagi pembiayaan sektor halal.

Selain itu, kerajaan akan turut membangunkan Taman Industri Halal Perak di Manjung dengan kos RM124 juta, sebagai sebahagian daripada usaha strategik memperkukuh rantaian nilai halal serta menarik pelaburan berimpak tinggi ke dalam sektor tersebut.