fb fb fb fb fb

Bekas Ketua Pengarah Penyiaran meninggal dunia

Allahyarham Jaafar Kamin / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 6 Disember- Bekas Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Jaafar Kamin meninggal dunia pada usia 81 tahun.

Isteri beliau, Datin Noraini Zainul memaklumkan bahawa allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 3.00 petang tadi di kediamannya di Kota Damansara.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Penyiaran dari tahun 1988 hingga 1999.

Sumbangan besar beliau dalam bidang penyiaran meliputi program berbentuk ilmiah dan kemasyarakatan, antaranya Program Pelancongan Pelajar, Program Kampungku, dan Program SETIA, yang dilaksanakan ketika pentadbiran Menteri Penerangan, Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara, selepas solat isyak.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM