Bekalan minyak dan diesel negara lebih teratur, susulan langkah proaktif kerajaan – PM

Gambar hiasan / Foto BERNAMA

CEBU, 8 Mei – Kerajaan memberi jaminan bekalan minyak dan diesel negara kini lebih teratur selepas mengambil langkah-langkah proaktif, terutama di bawah kelolaan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengurangan penggunaan petrol RON95 sebagai langkah pengurusan bekalan dan pengurangan permintaan.
  • Penguatkuasaan lebih ketat bagi membendung kebocoran dan ketirisan diesel.
  • Usaha mengimport bekalan minyak turut membantu memperkukuh jaminan bekalan negara.
  • Perdana Menteri menyatakan penyediaan bekalan kini tidak begitu terjejas berbanding dua bulan lalu.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata langkah seperti pengurangan penggunaan petrol RON95, penguatkuasaan lebih ketat bagi membendung kebocoran dan ketirisan diesel serta usaha mengimport bekalan minyak, juga terbukti membantu dalam memperkukuh jaminan bekalan negara.

“Oleh itu dari segi penyediaan, (bekalan minyak ini) tidak begitu meresap (terjejas) sepertimana yang dialami pada dua bulan lepas,” kata beliau kepada media selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status bekalan minyak negara yang sebelum ini dilaporkan mampu bertahan sekurang-kurangnya sehingga Jun ini. – BERNAMA