Beberapa jalan utama di ibu negara ditutup, dilencongkan pada 30 Ogos

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Beberapa jalan utama di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat sepanjang program larian Malaysia Marathon 2026 akan diadakan pada 30 Ogos ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd Zamzuri Mohd Isa dalam kenyataan memaklumkan, penutupan jalan dijangka bermula seawal pukul 10.30 malam dan akan dibuka semula secara berperingkat selepas tamat acara, tertakluk kepada keadaan semasa.

“Orang ramai dinasihatkan mengelakkan daripada menggunakan laluan-laluan yang terlibat sepanjang tempoh acara berlangsung, merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian.

“Selain itu mengutamakan penggunaan pengangkutan awam seperti transit aliran ringan (LRT), transit aliran masa (MRT), monorel atau perkhidmatan e-hailing bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas,” menurut kenyataan itu.

Pengguna juga perlu mematuhi arahan anggota polis serta petugas trafik yang bertugas di lokasi bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan. Selain itu pengguna disarankan mengamalkan sikap pemanduan berhemah dan bersabar sepanjang tempoh penutupan jalan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan program dan laluan terlibat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

23 laluan terlibat dalam program larian Malaysia Marathon 2026 ialah Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan Gereja, Jalan Tun H. S. Lee, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Siew Sin, Jalan Yap Ah Loy, Jalan Leboh Pasar Besar, Jalan Raja, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi dan Jalan Raja Abdullah.

Laluan lain termasuk Jalan Ampang, Jalan P. Ramlee, Jalan Pinang, Jalan Persiaran KLCC, Jalan Stonor, Jalan Kia Peng, Jalan Conlay, Jalan Parlimen, Lebuhraya AKLEH serta Lebuhaya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.