FBM KLCI dijangka berlegar antara 1,610 hingga 1,620 mata

Foto Fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 2 November – Indeks penanda aras Bursa Malaysia, FBM KLCI dijangka berlegar antara 1,610 hingga 1,620 mata hari ini, disokong minat belian terpilih dalam saham perbankan, perladangan dan kaunter defensif.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembelian saham berharga rendah dijangka terus menyokong pasaran tempatan walaupun sentimen luaran kekal berhati-hati.
  • Kebanyakan pasaran serantau dan Wall Street ditutup rendah; Nasdaq terjejas oleh kebimbangan perbelanjaan modal AI selepas keputusan Intel dan Amazon.
  • Harga minyak mentah Brent meningkat kepada US$117.64 disebabkan kebimbangan gangguan bekalan di Asia Barat.

Menurut Rakuten Trade, aktiviti pembelian saham berharga rendah dijangka terus menyokong pasaran tempatan meskipun sentimen luaran kekal berhati-hati susulan prestasi lemah pasaran saham global.

Pada penutup dagangan Jumaat, FBM KLCI meningkat 4.44 mata atau 0.28 peratus kepada 1,615.60 mata, disokong minat belian baharu dalam saham berwajaran tinggi sektor perbankan dan perladangan.

Di peringkat serantau, kebanyakan pasaran utama ditutup rendah dengan Kospi Korea Selatan merosot 3.48 peratus, Nikkei 225 Jepun susut 2.12 peratus dan Shanghai Composite turun 1.44 peratus.

STI Singapura turut berkurangan 0.36 peratus, manakala Hang Seng Hong Kong meningkat 1.46 peratus disokong pembelian pada harga rendah dalam beberapa kaunter teknologi dan internet.

Di Wall Street, ketiga-tiga indeks utama ditutup rendah dengan Nasdaq mencatat penurunan paling ketara sebanyak 2.86 peratus kepada 25,437 mata.

Prestasi itu dipengaruhi kebimbangan pelabur terhadap keperluan perbelanjaan modal yang besar bagi pelaburan kecerdasan buatan (AI), susulan keputusan kewangan Intel dan Amazon yang mengecewakan.

Sementara itu, harga minyak mentah Brent melonjak kepada US$117.64 setong berikutan kebimbangan baharu terhadap gangguan bekalan di Asia Barat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.