Proses pengeluaran kertas undi pos PRN Melaka ke-16 sedang dilaksana

Foto RTM

BUKIT PALAH, 2 November – Proses pengeluaran kertas undi pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 sedang dilaksanakan di seluruh negeri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kertas undi pos yang selesai diproses diserahkan kepada Pos Malaysia untuk dihantar kepada pengundi yang layak.
  • Pengundi perlu memastikan sampul undi pos dalam keadaan baik, menyemak maklumat pilihan raya dan melengkapkan borang pengesahan identiti.
  • Kelayakan mengundi pos termasuk petugas pilihan raya, anggota polis dan tentera serta pasangan, petugas media bertugas, dan pengundi luar negara yang layak.
  • Kertas undi pos yang dilengkapkan mesti diterima SPR sebelum pukul 5 petang, 14 November, hari pengundian.

Timbalan Setiausaha (Strategik) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Baharudin Tahir berkata, kertas undi pos yang selesai diproses akan diserahkan kepada Pos Malaysia untuk dihantar kepada pengundi yang layak mengundi secara pos.

“Hari ini, kertas undi pos telah dikeluarkan. Pengundi perlu memastikan sampul undi pos diterima dalam keadaan baik, menyemak ketepatan maklumat pilihan raya serta melengkapkan borang pengesahan identiti,” katanya kepada RTM ketika meninjau proses pengeluaran kertas undi pos bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.17 Bukit Katil, di sini.

Antara kategori yang layak mengundi secara pos ialah petugas pilihan raya, anggota polis dan tentera serta pasangan yang memenuhi syarat, petugas media yang bertugas pada hari pengundian dan pengundi di luar negara yang memenuhi syarat ditetapkan SPR.

Kertas undi pos yang telah dilengkapkan hendaklah diterima oleh SPR sebelum pukul 5 petang pada 14 November ini, iaitu hari pengundian PRN Melaka ke-16.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.