KUALA LUMPUR, 5 Mac- Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC) menyambut baik kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025 dan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 di Dewan Rakyat, semalam.
Ketua BBC, Datuk Mohd Shahar Abdullah menyifatkan pindaan itu sebagai satu reformasi sebenar dalam memperkukuh kebebasan dan autonomi Parlimen.
Ia seiring dengan usaha Kerajaan MADANI dalam mengukuhkan prinsip pemisahan kuasa dan ketelusan.
"Pengembalian Akta Perkhidmatan Parlimen ini adalah kemenangan besar bagi demokrasi Malaysia, dan kami menantikan pelaksanaannya yang efektif
"Ia bagi meningkatkan akauntabiliti dan kredibiliti Parlimen demi masa depan negara yang lebih gemilang," katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.
Jelasnya dengan pindaan ini, Parlimen dapat terus berfungsi lebih efektif melalui pengurusan dana dan sumber manusia secara autonomi.