KOTA KINABALU, 5 Jun - Pemberian baucer buku bernilai RM50 dan RM100 kepada pelajar membabitkan murid tahun empat dan ke atas, pelajar Sekolah Menengah, penuntut Institut Pendidikan Tinggi (IPT) serta Institut Pendidikan Guru disambut baik pelajar dan ibu bapa.
Mereka yang ditemui RTM mengakui inisiatif kerajaan itu sedikit sebanyak meringankan beban penyediaan buku ilmiah.
"Pasal baucar ini saya rasa baguslah untuk pelajar macam saya. Subjek saya pun ada sembilan jadi kesemua subjek tu macam memerlukan buku rujukan. Jadi dengan baucar ini meringankan lagi lah beban orang yang susah macam saya," kata Syafiq Amin.
"Kami empat orang adik-beradik masih belajar jadi baucar ini meringankan beban orang tua kami lah," kata Siti Norsuhana Amin.
"Baucar ini sangat bagus terutamanya pelajar STPM yang memerlukan banyak buku rujukan untuk mencari maklumat lebih lanjut. Kebanyakaannya kami mencari maklumat itu dengan inisiatif sendiri," kata Azetta Maringgan.
"Anggaran membeli buku buat anak-anak saya akan makan modal lebih RM100 ke atas…jadi bantuan baucar daripada kerajaan ini dapat membantu ramai pihak yang mungkin tidak berkemampuan dan ia satu perkara yang baiklah," kata Azmirul Yazri.
Tempoh sah penebusan dan penggunaan baucer buku untuk murid dan pelajar di institut pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan bermula 31 Mei lalu hingga 31 Disember, depan.