BEAUFORT, 11 September - Jumlah penduduk terjejas banjir di Sabah kekal seramai 213 orang melibatkan 69 keluarga, setakat pukul 8.00 pagi tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, kesemua penduduk kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Selagon.
"Mereka terdiri daripada penduduk lapan buah kampung yang terjejas, melibatkan Kampung Bakalau, Kampung Suasa, Kampung Bangkalalak, Kampung Mentulud, Kampung Lubak, Kampung Padas Valley, Kampung Bingkul, dan Kampung Pintas," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, pemantauan pihak berkuasa mendapati paras air Sungai Padas kini berada pada tahap bahaya, sekali gus meningkatkan risiko banjir di kawasan berhampiran.