fb fb fb fb fb

BANJIR: Petani, peladang, penternak, nelayan terjejas kerugian lebih RM70 juta

BENTONG, 13 Januari - Jumlah kerugian dan kerosakan yang ditanggung golongan petani, peladang, penternak dan nelayan yang terjejas banjir, dijangka terus meningkat melebihi RM70 juta.

Jangkaan itu berdasarkan pertambahan jumlah laporan yang diterima, demikian menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti semua laporan kerosakan yang berlaku di setiap negeri terlibat.

"Di Pahang pada suatu ketika dulu, kita menganggarkan lebih 8 juta tapi saya rasa sekarang akan terus meningkat kerana banyak negeri yang kita dapati macam Melaka sebelum ni saya pergi melawat pada awalnya kita jangkakan 2.8 juta tapi setelah kita buat lawatan kita dapat pastikan bahawa kerosakannya cukup ekstensif sekali "

Tambahnya, MAFI turut menyediakan RM100 juta melalui Dana Bangkit Semula Keluarga Agro bagi membantu golongan tersebut.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke tapak projek pertanian Agropreneur Muda yang terjejas akibat banjir di Bentong, Pahang.

 

Media Baharu