Banjir Perak: 38 PPS masih beroperasi, penduduk terjejas meningkat

IPOH, 25 November – Jumlah penduduk terjejas akibat banjir di Perak meningkat kepada 3,364 orang daripada 1,075 keluarga setakat pukul 6 petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jumlah penduduk terjejas meningkat kepada 3,364 orang daripada 1,075 keluarga setakat pukul 6 petang.
  • 38 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di lapan daerah di Perak.
  • Manjung paling teruk, 1,542 penduduk (463 keluarga) dipindahkan ke 14 PPS.
  • Perak Tengah mempunyai 795 penduduk (265 keluarga) berlindung di sembilan PPS.
  • MetMalaysia meramalkan hujan berterusan di semua 12 daerah Perak malam ini.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, sebanyak 38 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di lapan daerah.

“Manjung kekal sebagai daerah paling terjejas dengan 1,542 penduduk daripada 463 keluarga dipindahkan ke 14 PPS.

“Sementara itu, 795 penduduk daripada 265 keluarga berlindung di sembilan PPS yang dibuka di daerah Perak Tengah.

“Daerah lain yang turut terjejas ialah Bagan Datuk, Hilir Perak, Muallim, Kuala Kangsar, Batang Padang serta Larut Matang dan Selama,” menurut kemas kini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan berterusan di kesemua 12 daerah di Perak malam ini.