
KUALA LUMPUR, 9 September – Semua kenyataan rasmi berhubung kejadian banjir di Nepal, termasuk penglibatan dan perkembangan operasi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), hanya akan dikeluarkan melalui Kementerian Luar atau Wisma Putra.
- NADMA menyatakan penyelarasan dibuat bagi memastikan maklumat operasi SMART disampaikan melalui satu saluran rasmi.
- NADMA akan bekerjasama rapat dengan Wisma Putra menyalurkan maklumat operasi yang telah disahkan dari semasa ke semasa.
- Langkah itu memastikan perkembangan operasi disampaikan secara konsisten, teratur dan berasaskan maklumat yang telah disahkan.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata, penyelarasan itu dibuat bagi memastikan maklumat berkaitan operasi SMART disampaikan menerusi satu saluran rasmi.
Menurut NADMA, pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan Wisma Putra dengan menyalurkan maklumat operasi yang telah disahkan dari semasa ke semasa untuk disampaikan kepada pihak berkaitan.
“Langkah berkenaan turut membolehkan perkembangan operasi SMART disampaikan secara konsisten dan teratur, selain memastikan maklumat yang dikeluarkan adalah berdasarkan perkembangan operasi yang telah disahkan,” jelasnya.
NADMA pada masa sama menghargai kerjasama semua pihak dalam memastikan penyampaian maklumat berhubung kejadian banjir di Nepal dilaksanakan secara bertanggungjawab.