Lebih 104,000 murid di Selangor terima manfaat Program Nutrisi Selangor

Datuk Seri Amirudin Shari

GOMBAK, 9 September – Lebih 104,000 murid daripada keluarga berpendapatan bawah RM2,000 sebulan menerima manfaat Program Nutrisi Selangor, Nutrisel, yang dilaksanakan di 932 sekolah di seluruh negeri itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Nutrisel menyediakan makanan percuma dua kali seminggu bagi membantu memenuhi keperluan pemakanan murid.
  • Pelaksanaan dicadang diteruskan tahun depan dengan penambahbaikan berdasarkan maklum balas sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah.
  • Kerajaan negeri memperuntukkan RM12.5 juta untuk pelaksanaan Nutrisel sehingga Oktober.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program tersebut menyediakan makanan percuma dua kali seminggu, sebagai usaha membantu memenuhi keperluan pemakanan murid.

Pelaksanaan program itu dicadang akan diteruskan tahun depan, dengan beberapa penambahbaikan akan diteliti berdasarkan maklum balas pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Alhamdulillah, respons yang diterima sangat baik, begitu juga kerjasama daripada pihak sekolah dan PPP. Kita berharap program ini dapat diteruskan dengan perancangan dan pengurusan dana yang lebih berkesan pada masa hadapan.

“Kita juga mengambil maklum keperluan dari segi pemahaman serta aspek nutrisi, termasuk data pemakanan mereka, bagi menjamin kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau pelaksanaan Nutrisel di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gombak Setia di sini hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Amirudin menyempurnakan simbolik penyerahan Nutrisel di Sekolah Kebangsaan (SK) Gombak Setia,

Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM12.5 juta untuk pelaksanaan Nutrisel Selangor yang dijadualkan berlangsung sehingga Oktober depan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.