fb fb fb fb fb

Banjir Melaka, penduduk terjejas rekod penurunan

Foto Fail

MELAKA, 7 Mac- Penduduk terjejas banjir di Jasin terus menurun kepada 32 orang daripada 11 keluarga, setakat pukul 8.00 malam ini.

Jumlah itu berkurang berbanding 180 orang daripada 50 keluarga, pukul 4.00 petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata kesemuanya berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) manakala PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum telah ditutup pada pukul 8.00 malam tadi.

“Sebanyak 25 orang daripada lapan keluarga ditempatkan di PPS SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub manakala di PPS Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu kekal tujuh orang daripada tiga keluarga," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata penduduk terjejas ialah penduduk dari Kampung Kilang Berapi Utara, Kampung Kilang Berapi Barat, Kampung Merlimau Pasir, Kampung Asam Kumbang dan Batu Gajah.

Semalam, media melaporkan daerah Melaka Tengah dan Jasin terjejas banjir susulan hujan lebat berterusan lebih satu jam bermula Rabu,pukul 11.00 malam.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM