KUALA NERANG, 28 September - Seorang wanita dan anaknya yang berstatus orang kurang upaya (OKU) hilang dibawa arus deras akibat banjir kilat pagi tadi di Kampung Tanjung Kiri, Padang Sanai.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Penolong Penguasa Bomba Aminuddin Mad Khozali memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 8.29 pagi tadi.
12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang digegaskan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua beranak terbabit, Salmah Mat Zain, 46 tahun dan anak lelakinya Mohamad Rosman Rohaidi, 19 tahun.
Operasi turut dibantu anggota BBP Pokok Sena, BBP Sg Petani dan BBP Jitra.