fb fb fb fb fb

Banjir kilat: 103 penduduk terjejas di Alor Gajah, Melaka Tengah

FOTO FB Jabatan Kerja Raya Melaka

KUALA LUMPUR, 15 April- Seramai 103 penduduk terjejas banjir membabitkan 27 keluarga yang berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) dicatatkan di Alor Gajah dan Melaka Tengah, Melaka setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Menurut Portal Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), angka penduduk terjejas itu kekal sejak tengah malam tadi.

Di Alor Gajah membabitkan 91 orang daripada 25 keluarga di dua buah PPS, manakala di Melaka Tengah melibatkan 12 orang daripada dua keluarga di sebuah PPS.

Semalam, beberapa kawasan di Melaka dilapor dinaiki air susulan hujan lebat berterusan selama kira-kira dua jam bermula sekitar pukul 4.00 petang.

ARTIKEL BERKAITAN
Banjir kilat di Melaka, dua PPS dibuka

SITI AISHAH MD ISA