fb fb fb fb fb

Banjir di Pahang, lapan PPS ditutup

RAUB, 8 Disember- Lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Raub, ditutup sepenuhnya pada pukul 9.00 pagi tadi.

Kesemua 248 penduduk terjejas melibatkan 69 keluarga dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing.

Bagaimanapun, menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Raub, PPS Balairaya Kampung Chenua yang dibuka pada pukul 1.30 pagi tadi, masih menempatkan 14 penduduk terjejas, terdiri daripada 6 keluarga.

Namun pihaknya memaklumkan, PPS terbabit juga akan ditutup dalam masa terdekat susulan air banjir telahpun surut.

(Kesemua 248 penduduk yang berlindung di lapan PPS di
Raub telah dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing
)

Sementara itu, di daerah Lipis, PPS Sekolah Budu telah ditutup pukul 9.30 pagi tadi.

Manakala PPS Masjid Kampung Beletik masih menempatkan 171 penduduk dan SK Lubuk Kulit 49 penduduk.

Media Baharu