
KUALA LUMPUR, 21 April- Satu gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.6 melanda Rantau Timor, Indonesia pada 11.17 pagi ini.
RINGKASAN BERITA AI
- METMalaysia melaporkan gempa dengan kedalaman 72 kilometer.
- Kejadian berlaku pada jarak 111 km timur laut dari Kupang, Indonesia.
- METMalaysia mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa dengan kedalaman 72 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 111 km timur laut dari Kupang, Indonesia.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.