Bangunan kedai di Kampung Padang terbakar 53%

Foto JBPM Pahang

KUANTAN, 2 Julai – Sebuah bangunan kedai di Kampung Padang, Kuantan, musnah 53 peratus dalam kebakaran awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Panggilan kecemasan diterima pada pukul 5.56 pagi.
  • Jentera BBP Indera Mahkota tiba di lokasi tujuh minit kemudian.
  • Bomba memadam premis seluas 2,596 meter persegi menggunakan satu aliran 100 kaki, satu cabang pembahagi dan dua nozel.
  • Operasi melibatkan 22 anggota, empat jentera tambahan dan tiga lori tangki air; kebakaran dikawal pada pukul 7.18 pagi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.56 pagi.

Sejurus menerima panggilan, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

“Bomba menjalankan kerja pemadaman premis berkenaan yang berkeluasan 2,596 meter persegi menggunakan satu aliran sepanjang 100 kaki dengan satu cabang pembahagi dan dua nozel,” katanya menerusi kenyataan.

Operasi yang melibatkan 22 anggota itu turut dibantu pasukan dari BBP Kuantan, Taman Tas dan Gebeng dengan kekuatan empat jentera serta tiga lori tangki air.

Kebakaran berjaya dikawal pukul 7.18 pagi dengan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.