fb fb fb fb fb

Ban pecah punca banjir termenung di Ijok

Ban pecah sebabkan banjir termenung di Kampung Ijok, Selangor /Foto RTM

BESTARI JAYA, 5 Oktober-Banjir termenung di kampung Ijok dikatakan berpunca daripada ban di Lembangan Sungai Buloh yang pecah sekali gus mengakibatkan limpahan air memasuki kawasan rendah dan kawasan kampung.

Menurut Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Ijok, Ruzaiman Saad, kejadian Itu berlaku kira kira pukul 3 pagi semalam.

"Keadaan banjir di Kampung Ijok ini bermula daripada ban sungai yang pecah kemudian air pasang.

"Air sudah mulai laju masuk ke kawasan kampung, mangsa pertama yang kami bawa adalah warga emas dan OKU", katanya ketika ditemui RTM.

Tinjauan RTM di lokasi tersebut,mendapati  kebanyakan rumah di beberapa kawasan rendah digenangi air setinggi 0.6 meter akibat banjir termenung tersebut.

Antara kawasan yang terjejas ialah Jalan Harmoni, Jalan Dato Sukim, Jalan Hj Ehsan, Jalan Robinson dan batu 7 ijok

Beberapa agensi penyelamat telah diaktifkan untuk membantu penduduk di kawasan yang terjejas .

Ketika ini Kesemua penduduk berkenaaan iaitu 83 penduduk yang terjejas daripada 20 buah keluarg ditempatkan di Pusat Pemindahan sementara di Sekolah Rendah Agama Ijok.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD