fb fb fb fb fb

APM selamatkan tiga lelaki terkandas ketika redah banjir

FOTO APM

SEGAMAT, 4 Disember- Cubaan tiga lelaki meredah banjir mengundang padah selepas kenderaan mereka terkandas ketika melalui Kampung Pogoh Tengah, Segamat, Johor, petang tadi.

Ketiga-tiga mereka bagaimanapun berjaya diselamatkan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Segamat, pada pukul 4.20 petang. 

Menurut maklumat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, ketiga-tiga mangsa menggunakan khidmat peta dalam talian dari arah Bekok menuju ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Setibanya di lokasi, ketiga-tiga mangsa mula meredah banjir dan terkandas, lalu menghubungi APM Segamat untuk meminta bantuan.

Kesemua mangsa berjaya diselamatkan menggunakan sebuah lori dan dibawa ke tempat selamat, sebelum diambil oleh rakan mereka lalu dihantar ke Johor Bahru.

Paras air di kawasan terbabit mencatatkan kedalaman 0.2 meter.

Laluan tersebut kini ditutup oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi semua kenderaan ringan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE