
SANAA, 16 September – Pertahanan udara Arab Saudi telah memusnahkan sebuah dron Huthi di selatan Mekah sebelum ia memasuki ruang udara terlarang di kota suci berkenaan, pada Selasa.
- Dron itu merupakan percubaan kedua Huthi menyasar Mekah selepas pelancaran peluru berpandu balistik pada Julai 2017, menurut jurucakap.
- Serangan adalah susulan siri serangan berterusan selama seminggu oleh Huthi bersekutu dengan Iran, menjerumuskan Arab Saudi lebih dalam kancah perang.
- Huthi menafikan mensasarkan Mekah, mendakwa hanya menyasar kemudahan minyak dan pangkalan tentera Arab Saudi.
Menurut jurucakap pakatan tentera pimpinan Arab Saudi, Turki al-Malki, dron yang dipintas itu merupakan percubaan kedua Huthi untuk menyasar Mekah selepas pelancaran peluru berpandu balistik pada Julai 2017.
“Serangan itu berlaku susulan siri serangan berterusan selama seminggu oleh kumpulan Huthi yang bersekutu dengan Iran, yang menyebabkan Arab Saudi semakin terheret dalam kancah peperangan,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, kumpulan Huthi menafikan dakwaan menyasar Mekah, selepas Arab Saudi menyatakan ia telah memintas sebuah dron tersebut.
Huthi turut mendakwa hanya menyasar kemudahan minyak dan pangkalan tentera Arab Saudi. -REUTERS