Lima ditahan halang operasi penguatkuasaan, cetus provokasi

Foto RTM

BERA, 16 September – Lima individu ditahan selepas dipercayai menghalang pasukan penguat kuasa menjalankan operasi di Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera (Ramsar), di sini pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek didakwa menghalang dan mencetus provokasi semasa operasi penguatkuasaan.
  • Operasi melibatkan UPNP, Jabatan Perhutanan, IPD, PGA, Perhilitan dan pejabat daerah untuk penguatkuasaan Akta Perhutanan Negara 1984.
  • Suspek disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan; orang ramai dinasihat tidak menyebar maklumat tidak sahih.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, kesemua individu ditahan selepas dipercayai membuat halangan serta provokasi ketika operasi penguatkuasaan dijalankan.

Menurutnya, operasi berkenaan melibatkan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) bersama beberapa agensi termasuk Jabatan Perhutanan Negeri, Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera, Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Operasi berkenaan dijalankan bagi tujuan penguatkuasaan Akta Perhutanan Negara 1984.

“Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana disyaki menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan salah faham serta mengganggu ketenteraman awam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.