Kes penyakit berkaitan jerebu di Melaka catat penurunan

Bandaraya Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat – Foto RTM

BANDARAYA MELAKA, 16 September – Kes penyakit berkaitan jerebu di Melaka menunjukkan penurunan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-35.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kes URTI dan asma berkaitan jerebu di Melaka mencatat penurunan pada Minggu Epidemiologi ke-35.
  • Kes konjunktivitis meningkat kepada 16 pada ME35 berbanding 10 pada ME34.
  • Jabatan Kesihatan Negeri meneruskan pemantauan dan orang ramai diingatkan mengehadkan aktiviti luar.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, kes Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (URTI) berkurangan kepada 339 berbanding 528 pada ME34.

Manakala, kes asma turun kepada 54 berbanding 98 pada minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, kes konjunktivitis atau radang mata meningkat kepada 16 pada ME35, berbanding 10 pada ME34.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan Negeri akan meneruskan pemantauan terhadap penyakit berkaitan jerebu.

Pada masa sama, orang ramai diingatkan supaya mengehadkan aktiviti luar.

Setakat 5.00 petang Rabu, tiga kawasan di Melaka merekodkan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat iaitu Alor Gajah (153), Bukit Rambai (155) dan Bandaraya Melaka (148).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.