fb fb fb fb fb

Anwar kesal tindakan AS memveto cadangan PBB

Datuk Seri Anwar Ibrahim

BUKIT JALIL, 9 September- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan tindakan Amerika Syarikat (AS) yang memveto cadangan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut gencatan senjata di Gaza.

Perdana Menteri juga membantah sikap Amerika Syarikat yang seolah–olah tidak mempedulikan hak kemanusian dengan pembunuhan dan keganasan terhadap kanak–kanak dan wanita tanpa sekatan.

"Saya kesal dan bantah sikap Amerika Syarikat yang tidak mempedulikan hak kemanusiaan sekarang. Kalau kita ingin menilai Amerika Syarikat dari segi demokrasi.

"Pihak asasi dari segi kemanusiaan nampaknya kita tangguh dahulu. Oleh itu saya ingat bagi pihak Malaysia kita lahirkan rasa kesal dan sangat membantah sikap Amerika mempertahankan pembunuhan dan kezaliman dan pembunuhan kanak-kanak tanpa sekatan," katanya ketika ditemui media selepas melawat tapak reruai di Program Setahun Kerajaan MADANI di perkarangan Stadium Bukit Jalil di ibu negara.

Dalam pada itu Program Setahun Kerajaan MADANI akan dipertimbangkan dalam mesyuarat jemaah menteri untuk diadakan di seluruh negara.

Anwar berkata demikian selepas berpuas hati melawat tapak reruai yang melibatkan pelbagai kementerian , agensi kerajaan, GLC serta Khazanah yang menyediakan pelbagai info kepada pengunjung.

"Jadi saya minta pengunjung terutama anak muda, teliti satu Kementerian ke satu kementerian melihat langkah langkah diambil dan memanfaatkan daripada kemudahan yang diumumkan oleh kerajaan.

"Kita mungkin menimbangkan dalam mesyuarat jemaah menteri minggu depan sama ada kita boleh pindahkan. Kegiatan pameran seperti ini berupaya memberi pencerahan kepada rakyat di setiap negeri di Negara kita," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya perhubung pelantikkan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata ia sering dikaitkan dengan Kerajaan MADANI kerana menjadikan tata kelola sebagai teras utama dalam pentadabiran negara.

"Seperti mana kita tahu dalam Kerajaan MADANI, tata kelola merupakan pokok utama dan pembanterasan rasuah mesti diteruskan.

"Memang ada sedikit kejayaan permulaan dan saya katakan antara ukuran penting ialah Kepemimpinan. Sehingga sekarang belum ada bantahan ataupun pendedahan tentang salah laku dan rasuah di kalangan pimpinan," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI