TOKYO, 18 Disember- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menghadiri majlis minum petang dihoskan Maharaja Naruhito dan Maharani Masako di Istana Imperial, Chiyoda.
Majlis itu turut dihadiri beberapa pemimpin ASEAN yang hadir di Tokyo bersempena Sidang Kemuncak Peringatan Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun ke-50.
Turut berkenan berangkat sama, Putera Mahkota Jepun, Putera Fumihiko dan Puteri Mahkota Kiko.
Artikel Berkaitan:
ASEAN perlu kolaborasi lebih erat dengan Jepun - Anwar
Anwar hadir majlis makan malam dihoskan PM Kishida
Kerajaan MADANI stabil, Anwar beri jaminan kepada pelabur Jepun