fb fb fb fb fb

Anwar hadir majlis makan malam dihoskan PM Kishida

FOTO PMO

KUALA LUMPUR, 17 Disember- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis makan malam sempena sidang kemuncak ASEAN-Jepun yang berlangsung di Tokyo.

Beliau diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Majlis berkenaan dihoskan sendiri oleh Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida di Akasaka Palace.

"Usai pertemuan rasmi semalam, saya dan Azizah sempat hadir ke majlis makan malam dihoskan oleh Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan isterinya Yuko di Geihinkan, State Guesthouse Akasaka Palace.

"Kesempatan makan malam itu juga digunakan untuk bertegur sapa dengan rakan pemimpin yang turut sama hadir ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun," jelas Anwar menerusi Facebooknya.

Anwar turut menitipkan doa agar hubungan Malaysia dan Jepun serta Asean terus utuh sehingga ke masa hadapan.

"Dititipkan doa agar hubungan kita, benua ASEAN dan Jepun terus utuh di masa hadapan," tambahnya.

SITI AISHAH BINTI MD ISA