fb fb fb fb fb

Anwar adakan pertemuan singkat dengan Menteri Kewangan Indonesia

Anwar kemudian mengadakan pertemuan singkat bersama-sama Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati.

RIYADH, 29 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Kumpulan Bank Pembangunan Islam (IsDB) di Riyadh, Arab Saudi.

Menerusi rangka lawatannya bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF)MoU tersebut akan membuka ruang kerjasama lebih erat dalam pasaran modal Islam (ICM) dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan ('fintech') dan kewangan sosial Islam, terutamanya wakaf.

Turut hadir menyaksikan majlis itu, Pengerusi IsDB, Tuan Yang Terutama (TYT) Dr. Muhammad Al Jasser.

Anwar kemudian mengadakan pertemuan singkat bersama-sama Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati.

Perdana Menteri turut meluangkan masa melawat Pavilion Sektor Swasta yang turut menempatkan reruai Halal Development Corp (HDC).

Artikel Berkaitan:
TotalEnergies mahu tingkat pelaburan di Malaysia - Anwar
IsDB mampu pulih ekonomi negara Islam - Anwar
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - Anwar

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM