fb fb fb fb fb

Anggota tentera maut kemalangan, Kerabat Diraja Kedah zahir ucapan takziah

Foto FB Kedah Royal Family

ALOR SETAR, 3 Februari- Keluarga Diraja Kedah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga anggota tentera yang maut dalam kemalangan di Kilometer 75, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran, Gurun, Kedah, pada Jumaat.
  
Kerabat Diraja Kedah melalui satu kenyataan mendoakan agar roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
 
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi semalam, tiga anggota tentera iaitu Sarjan Rozali Abdul Rani, Koperal Mohd Asri Idris dan Lans Koperal Mohd Hafiz Haris maut selepas dirempuh sebuah lori.
 
"Kejadian berlaku ketika ketiga-tiga anggota dari Pasukan 3 Rejimen Sempadan (RS) yang berpengkalan di Kem Pengkalan Hulu, Perak sedang dalam konvoi melibatkan tiga kenderaan tiga tan menuju ke Markas 30 Briged, Kem Bukit Cowder, Kangar, Perlis untuk mengambil anggota yang menjalani Eksesais Satria Gagah," kata kenyataan itu.
 
Bagaimanapun ketika dalam perjalanan, sebuah kenderaan dalam konvoi berkenaan telah mengalami kerosakan, menyebabkan mereka terpaksa berhenti di sebelah laluan kiri lebuh raya, sebelum dirempuh oleh sebuah treler di lokasi kejadian.
 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM