Ancaman baharu tuntut pertahanan menyeluruh, kerjasama semua pihak

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin/ BERNAMA

KOTA TINGGI, 13 Jun – Tanggungjawab melindungi negara daripada ancaman keselamatan memerlukan komitmen serta kerjasama semua pihak dan bukan dipikul Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semata-mata.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ancaman kini termasuk hibrid, siber dan kognitif, menuntut strategi pertahanan menyeluruh dan bersepadu.
  • Kedudukan di Laut China Selatan dan tuntutan bertindih serta persaingan kuasa besar meningkatkan risiko keselamatan maritim.
  • Rakyat digesa aktif memupuk patriotisme, memperkukuh perpaduan dan menolak hasutan serta berita palsu yang mengancam kestabilan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, pertahanan menyeluruh penting berikutan ancaman pada ketika ini telah berubah termasuk ancaman hibrid, ancaman siber dan kognitif.

“Apatah lagi negara kita terletak di kawasan Laut China Selatan yang menjadi wilayah tuntutan bertindih melibatkan beberapa negara serta medan persaingan kuasa-kuasa besar.

“Selain itu, kita turut berdepan pelbagai ancaman keselamatan seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan dan ancaman di perairan negara, termasuk ancaman dari Sulu.

“Oleh itu, tanggungjawab menjaga keselamatan negara tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sebaliknya rakyat juga perlu memainkan peranan masing-masing,” katanya.

Dalam pada tiu masyarakat juga diseru agar memainkan peranan aktif dengan menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta tidak mudah terpengaruh oleh hasutan, berita palsu dan pelbagai persepsi yang boleh menggugat keharmonian serta kestabilan negara.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Program Jiwa Murni (PJM) Madani Kementah di Sekolah Kebangsaan Johor Kampung, di sini hari ini.

Pada program berkenaan sebanyak RM2.9 juta diperuntukkan untuk fasa 1, bagi pelaksanaan 57 projek di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, RM158,000 diperuntukkan untuk Parlimen Kota Tinggi bagi melaksanakan kerja membaik pulih dan menyelenggara Sekolah Kebangsaan Johor Kampong, Johor Lama, Masjid Al Ehsan Felda Pasak dan Tanah Perkuburan Islam Sedili Besar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.