
KUALA NERUS, 31 Ogos – Sambutan Malam Ambang Kemerdekaan di Jambatan Angkat Kuala Terengganu malam tadi menyaksikan rakyat berbilang kaum bersatu dalam semangat patriotik dan kecintaan terhadap negara.
- Ribuan rakyat memenuhi Tapak Foodtruck Dataran Muara Utara untuk meraikan detik bersejarah menjelang Hari Kebangsaan ke-69.
- Laungan "Merdeka!" bergema tepat tengah malam, mencerminkan semangat kebersamaan dan patriotisme.
- Perarakan Rejimen 512 Askar Wataniah membawa Jalur Gemilang; bendera diserahkan kepada PSTLDM untuk menaik bendera diiringi Negaraku.
- Pertunjukan bunga api dan lagu patriotik dinyanyikan bersama, sambutan perkukuh perpaduan serta rasa cinta dan tanggungjawab terhadap tanah air.
Ribuan rakyat memenuhi Tapak Foodtruck, Dataran Muara Utara bagi bersama-sama meraikan detik bersejarah menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-69.
Laungan keramat “Merdeka!” bergema tepat tengah malam, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan rakyat dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.
Sambutan dimulakan dengan perarakan anggota Rejimen 512 Askar Wataniah yang membawa Jalur Gemilang sebelum bendera berkenaan diserahkan kepada Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (PSTLDM) untuk upacara menaikkan bendera, diiringi lagu Negaraku.
Kemuncak sambutan diserikan pertunjukan bunga api berwarna-warni, selain nyanyian lagu patriotik Tanggal 31 Ogos dan Jalur Gemilang yang dinyanyikan bersama para pengunjung.
Terdahulu, sambutan turut dimeriahkan dengan Forum Bicara Merdeka bersama Pengarah Institut Modal Insan Terengganu, Kamaruzzaman Abdullah dan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.
Sambutan itu bukan sekadar meraikan kemerdekaan, malah menjadi wadah memperkukuh perpaduan rakyat pelbagai kaum serta menyemarakkan rasa cinta, bangga dan tanggungjawab terhadap tanah air.