Amaran ribut petir di lapan negeri, KL dan Putrajaya sehingga 5 petang

Gambar hiasan/RTM

KUALA LUMPUR, 16 Mac- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lapan negeri, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 5.00 petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perak: Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim; serta Rompin, Pahang.
  • Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya; Negeri Sembilan: Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau; Melaka: Alor Gajah.
  • Johor: Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, Johor Bahru; Sarawak dan Sabah juga terjejas.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan cuaca berkenaan dijangka berlaku di Perak melibatkan Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, serta Rompin, Pahang.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di Negeri Sembilan, kawasan terjejas ialah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau, manakala di Melaka melibatkan Alor Gajah.

Bagi Johor, kawasan yang dijangka terjejas ialah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Bau dan Kuching (Kuching), Sri Aman, Selangau (Sibu), Song (Kapit) serta Tatau (Bintulu).

Sementara di Sabah, amaran melibatkan kawasan Pedalaman iaitu Beaufort dan Tambunan serta Pantai Barat meliputi Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran.