fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Ogos - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri hingga 11.00 pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah (Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik), serta beberapa kawasan di Pulau Pinang iaitu di barat daya dan barat laut negeri itu serta Seberang Perai Utara.

Keadaan cuaca sama turut diramalkan di beberapa kawasan di Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak) dan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang).

Amaran tersebut turut membabitkan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka, Johor (Tangkak) dan Sabah (Tawau dan Semporna).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI