fb fb fb fb fb

Amaran hujan berterusan dijangka landa lima negeri

Foto Hiasan / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 Disember- Amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di lima negeri, hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.

"Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, dan Baling), Perak (Hulu Perak), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh, dan Kuala Krai), serta Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, dan Kuala Terengganu)," menurut kenyataan METMalaysia.

Amaran hujan berterusan tahap waspada juga dijangka berlaku antara 16 hingga 19 Disember ini, melibatkan kawasan-kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, dan Pahang.

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mudah alih myCuaca, atau laman media sosial rasmi METMalaysia.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM